Entry saya kali ini bermula dengan Kebaikan Vivix Shaklee. Bila kite sebut supplement je mesti nk tau ape kandungan die juga kan? nih lebih detail berkaitan dengan Vivix shaklee nih.. Keterangan dia agak panjang sedikit.
APE ITU VIVIX SHAKLEE?
Vivix™ Shaklee adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik.
Vivix merupakan produk anti penuaan selular, yang dicipta oleh Shaklee Corporation, adalah revolusioner, mempunyai 5 hak paten, sangat berkuasa dalam memerangi penuaan selular.
Salah satu bahan utama (resveratrol) dalam Vivix dirujuk di lebih 2,500 penerbitan penyelidikan, termasuk pelbagai kajian yang dijalankan oleh Harvard University, National Institutes of Aging, dan Institut Sains Kesihatan Alam Sekitar.
Vivix menyediakan 100 mg resveratrol dalam setiap hidangan (Satu sudu teh). Ekstrak resveratrol mempunyai resveratrol semulajadi Kandungan 98%. Ini sebenarnya suplemen anti-penuaan terbaik di dunia. Bahawasanya ianya tulen ya.
Apakah Resveratrol Dalam Vivix Shaklee?
Resveratrol adalah sejenis anti oksida – polifenol, yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang, manakala kulit anggur merah mengandungi konsentrasi yang paling tinggi. Resveratrol bertindak sebagai ‘sistem imunisasi’ untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.
Fakta Menarik Tentang Vivix Shaklee
Banyak fakta menarik tentang Vivix. Ayuh kita lihat satu persatu.
1. Vivix Shaklee mempunyai bukan 3, malah 5 patent iaitu:
a. Semulajadi dan polifenol diproses daripada 4 tumbuhan hebat tanpa bahan pengawet
Shaklee telah mempatentkan hak ke atas proses 4 tumbuhan hebat tanpa bahan pengawet dan secara semulajadi. 4 ramuan Vivix ini mengandungi polifenol yang sangat hebat. 4 ramuan Vivix Shaklee adalah:
Vivix merupakan sebatian cecair yang stabil dan tanpa bahan pengawet. Macamana hendak sahkan? Anda boleh uji sendiri di rumah.
Cuba simpan Vivix dalam peti sejuk beku / freezer selama sekurang-kurangnya 6 jam. Lihat samada ia membeku atau tidak. Ini merupakan satu bukti Vivix tidak dicampur dengan gula, air dan lain-lain.
Selain itu, jika diletakkan Vivix di atas meja, ia takkan meruap (berbuih-buih).
Kedua-dua sifat ini bukan dengan bantuan bahan kimia, tetapi disebabkan Vivix adalah semulajadi tanpa bahan pengawet dan stabil.
b. Vivix Merupakan Gabungan Resveratrol dan 15 jenis Polifenol
Resveratrol adalah sejenis antioksidan. Resveratrol telah ditulis dalam 2500 jurnal saintifik dan mampu bertindak melindungi DNA daripada dirosakkan oleh radikal bebas.
Polifenol pula merupakan sejenis sebatian fitokimia yang juga merupakan antioksidan yang hebat. Berkenaan gabungan ini ada saya nyatakan lebih lanjut dalam tajuk seterusnya.
c. Cold Filling Extraction Process
Ada banyak jenis proses untuk ekstrak jus/minyak/pati dari tumbuh-tumbuhan.
Cold extraction bermakna buah-buah yang digunakan dalam Vivix ditekan (press) untuk mengeluarkan patinya dengan suhu rendah.
Ada proses yang menggunakan air panas atau suhu panas, tetapi proses begini boleh menurunkan kualiti produk itu walaupun hasilnya mungkin lebih banyak.
Justeru, Shaklee telah mempatenkan proses ‘cold filling extraction‘ ini eksklusif untuk Vivix.
d. 10x Lebih Berkuasa
Vivix telah dipatent sebagai cecair mengandungi antioksidan resveratrol dan polifenol. Gabungan ini menjadikan Vivix 10x lebih berkuasa berbanding resveratrol tunggal.
Ini menjadikan tiada produk yang dapat menyediakan produk anti penuaan sehebat Vivix.
e. Anggur Muscadine Sebagai Asas
Shaklee mempatentkan Vivix dengan anggur muscadine sebagai bahan asas utamanya. Kehebatan anggur muscadine adalah disebabkan kandungan resveratrol yang tinggi dan mampu melawan radikal bebas walaupun hidup liar dan tumbuh di kawasan yang agak lembab.
Anggur muscadine banyak sangat kelebihan yang salah satunya ia mampu mempertahankan diri sendiri daripada kulat yang merosakkan.
2. Khasiat 100mg resveratrol dengan hanya 1 sudu kecil
100 gelas wain = 1 sudu kecil Vivix dengan kandungan resveratrol sebanyak 100 mg. Anda tidak boleh minum wain (lagipun kita orang Islam) 100 gelas sehari betul tak?
Menurut Dr Sinclair, jumlah resveratrol dalam wain merah adalah sangat kecil berbanding dalam Vivix. Itulah sebabnya Vivix telah direka untuk menyampaikan tahap resveratrol daripada 100 gelas wain merah dengan setiap sudu teh (hidangan).
3. Gabungan Resveratrol dan Polifenol
Dr David Sinclair (Universiti Harvard) menerbitkan data menyatakan gabungan polifenol menjadikan resveratrol lebih berkuasa. Vivix pula adalah 10x lebih berkuasa berbanding resveratrol tunggal. Shaklee telah menambah 1200mg polifenol daripada anggur muscadine, elderberry dan lobak ungu. Manakala kebanyakan syarikat membuat daripada anggur atau wain merah.
Selain itu, Vivix mengandungi polifenol yang kaya dengan asid elagik, ini sesuatu jumlah yang tidak terdapat di dalam wain merah (wain merah dikatakan mengandungi khasiat resveratrol tertinggi).
Asid elagik menghalang enzim yang terlibat dalam pembentukan protein AGE, iaitu salah satu daripada empat pusat mekanisme penuaan selular. Resveratrol mempunyai kesan ke atas enzim ini, tetapi menyekat tiga kunci lain mekanisme penuaan selular.
Secara ringkasnya, menambah kompaun polifenol yang mengandungi asid elagik dan 10 lagi polifenol bersama-sama resveratrol telah menjadikan Vivix lebih berkuasa berbanding suplemen berasaskan resveratrol tunggal atau polifenol tunggal semata-mata.
5. Penyingkiran Emodin
Dalam kaedah pembuatan Vivix, Shaklee telah menyingkirkan satu elemen disebut sebagai emodin yang terdapat dalam resveratrol. Umum tahu japanese knotweed mengandungi tinggi resveratrol selain muscadine grapes. Malahan resveratrol pertama kali ditemui oleh saintis adalah daripada japanese knotweed.
Dalam resveratrol mengandungi sejenis bahan disebut emodin. Emodin adalah satu bahan yang berpotensi menyebabkan inflamasi kepada tubuh. Jika ingin mengambil suplemen berasaskan resveratrol, pastikan bahan emodin ini telah disingkirkan.
Dengan kaedah penyingkiran emodin ini menjadikan Vivix bersifat anti inflammatory dan 10x lebih berkesan berbanding resveratrol tunggal.

No comments:
Post a Comment